RSS
Selamat datang Ke Blog Rasmi Karnival "25th Batch Legal Theatre 2010" Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 18 February 2010

NOTA TEATER

Serapah Berdarah merupakan sebuah teater muzikal yang diadaptasi daripada riwayat hidup seram seorang wanita bernama Mona Fendy. Pementasan yang bakal menggabungkan pelbagai genre termasuk seram, lucu, saspen, sedih dan romantik ini akan disampaikan dalam dua bentuk iaitu wayang gambar dan pementasan secara langsung.

Walau bagaimanapun, pementasan yang menggabungkan unsur-unsur drama dan undang-undang ini hanya mengangkat tema hidup Mona iaitu untuk menjadi seorang yang terkenal melalui ilmu hitam. Sementara komposisi penceritaan Serapah Berdarah digubah indah oleh panel penulis-penulis skrip yang hebat.

Serapah Berdarah yang mempunyai durasi selama 1 jam 30 minit ini akan turut menyelitkan beberapa buah lagu dan tarian indah yang digubah dan dipersembahkan dalam suatu bentuk yang berbeza daripada biasa.

Koreografinya pula menggabungkan pelbagai unsur iaitu gaya moden jazz, tarian kabaret, tarian tradisional kontemporari dan tarian gerak eksperimental yang tentunya menambahkan unsur-unsur dramatik dalam teater ini.

Lagu-lagu yang melatari pementasan ini juga dipilih dan digubah semula agar memberikan lebih kesan kepada penceritaan. Lebih menarik, kebanyakan lagu akan dinyanyikan sendiri oleh para pelakon yang terlibat.

Sekian nota produksi untuk kali ini. Nantikan kemunculan nota produksi yang seterusnya dan nantikan pementasan Serapah Berdarah pada 19 Mac 2010 di Panggung Seni, UKM jam 8.00 malam. Selamat menonton!
Read More..

Terkini @ Legal Theatre 2010

Tarikh Pengemaskinian : 19 Februari 2010